Well..
lama x blogging.. ahahha.. bukan psl per.. selain kunzense.. byk lg menda lain yg nk difokuskan.. byk betul isu dan cabaran.. kalau tak.. takkan lah ia dinamakan kehidupan..
tertanya - tanyakan kenapa nak bercerita pasal autism? sebelum tu.. nk cerita psl jari jemari aku nih.. haih.. memang susah bila dah terkena virus sms.. semuanya aku taip dengan bahasa sms.. hai la norfaizah.. gunalah bahasa melayu tu dengan baik..
autism spectrum disorder: deifinasi:
Autism is a
disorder of neural development characterized by impaired
social interaction and
communication, and by restricted and repetitive behavior. These signs all begin before a child is three years old, (
http://en.wikipedia.org/wiki/Autism).
Bahasa mudah: disorder: bukan kebiasaan..
Apa yg luar biasa?: Anak - anak ini memang luar biasa. Mereka dilahirkan dengan normal. Fizikal yg normal. Bayi yang comel. Hanya setelah 2-3 tahun anda sebagai ibu bapa dapat mengesan sesuatu yang tidak kena. Tetapi sebagai parent yg bukan bekerja sebagai doktor, jururawat, pembantu kesihatan.. anda pun tidak pasti apa yang tidak kena dengan anak anda.
Berbalik pada persoalan td: apa yang luar biasa? hmmm kalau zaman ibu bapa kita dahulu.. saya pasti anak - anak ini dikategorikan sebagai kanak - kanak lembam. Lembam tau.. bukan lembab. Tidak pasti pula saya.. kenapa LEMBAM.. yang saya ingat masa bersekolah rendah di kampung dahulu.. memang ada 1 kelas dinamakan kelas pemulihan. Di situlah semua murid - murid nakal, hyperaktif, tidak boleh membaca, menulis, kencing dalam kelas dan penakut ditempatkan. Cikgunya juga sangat garang. Masa kecil - kecil dulu saya selalu pandang rendah pada kawan - kawan sebegini.. pada saya.. mereka semua memang jahat dan malas.. sedikitpun saya tidak tahu mengenai disleksia, autism, ADHD dan macam macam lg ganguan perkembangan kanak kanak.
Soalan kenapa saya bangkitkan autism?: Anak saya kemungkinan salah seorang darinya. Bila saya berkata kemungkinan.. hati saya masih berharap dia bukanlah autism.. dia hanyalah lambat bercakap.. lambat berfikir, lambat memberi tindak balas.. tp hakikat masih belum diketahui.
Kami (saya dan suami) mengesyaki dan berasa tidak sedap hati apabila anak tersayang Nurhan Adlina berusia 2 tahun dan masih belum boleh bercakap. Pada umurnya 2 tahun setengah.. kami mula membawa dia berjumpa pakar kanak - kanak untuk berbincang. Diberikan surat refer ke Hospital Putrajaya, kami berjaya membuat temujanji sebulan selepas itu. Sesi Speech Terapi bermula 4 minggu. Therapist refer kan kami ke Pakar Kanak - Kanak Hospital Putrajaya yang selepas membuat screening mengesyaki Nurhan memang menghidapi autism. Selain dari itu, kes Nurhan ini juga direfer ke Occupational Therapy kerana anak - anak autism ini selalunya menghadapi masalah fokus. Kes ini di refer ke Pakar Psikiatari UKM yg sehingga kini masih belum dapat berjumpa kerana dengan alasan hendak berpindah ke bangunan baru.
Saya tidak pernah menyesal dapat anak sebaik dan secomel Nurhan Adlina. Dialah buah hati saya. Selagi masih hidup saya akan berusaha sepenuhnya untuk dia. Mencari program - program terbaik untuk membolehkan dia berdikari sekiranya saya tiada lagi nanti.
Next entry: saya akan share di mana boleh mendapatkan mainan - mainan utk kanak - kanak autism, support group and Early Intervention Program.